Penat, rasa sedih yang tiada penghujung - Nabila Huda - Utusan Malaysia

Penat, rasa sedih yang tiada penghujung – Nabila Huda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagai luka lama kembali berdarah, pelakon Nabila Huda mencuri perhatian ramai selepas meluahkan rasa lelah, rindu dan sedih untuk memperjuangkan sesuatu yang amat bermakna baginya.

Menurut Nabila, dia enggan meraih simpati orang ramai dengan memuat naik perkongsian sedemikian, sebaliknya sudah lelah berdamai dengan takdir bahkan egonya juga sudah berada dititik terendah.

“Sejujurnya saya penat. Penat dengan rasa yang mungkin takkan pernah hilang. Rasa sedih yang macam tiada penghujung. Rasa rindu yang tak pernah habis. Sangat susah untuk dijelaskan.

“Saya faham segelintir di luar sana cakap suruh buang ego, berdamai. Tapi ini bukan soal ego, bukan soal berdamai. Ini soal kedamaian itu datang. Tapi sementara.

“Bila seorang sahaja yang pegang, walau sekuat mana pun cuba kukuhkan, akhirnya tetap runtuh. Dan kebahagiaan itu jadi sementara lagi. Bertahun-tahun, pusing balik ke tempat yang sama,” katanya.

Menerusi hantaran di Instagram, anak kepada penyanyi rock, Datuk Amy Search itu mengakui dirinya juga sudah cuba berdamai dengan takdir yang tertulis namun, tidak berhasil.

“Saya cuba hidup seperti biasa. Saya berusaha sedaya upaya melupakan perkara itu dan melangkah ke depan. Hanya hidup dengan diri sendiri, tapi rasa itu tetap ada. Untuk menanggungnya sangat berat.

“Sampai saya jadi benci nak keluar rumah. Tidak mahu berjumpa muka-muka yang pernah saya sayang sepenuh hati. Tapi akhirnya jadi pengkhianat dan luka yang paling dalam,” kongsinya.

“Sebab itu saya hanya gembira jika di set penggambaran dan di rumah sahaja, sibukkan diri. Rasa gusar dalam diri akan hilang walaupun sementara.

“Tapi apabila melihat sebahagian diri saya berada di pentas itu, sangat menyakitkan. Itu semua sangat menyedihkan atau mungkin saya tidak patut berada di situ pada awalnya,” jelasnya.

Bagaimanapun, pelakon drama Lelaki Itu tersebut tidak mendedahkan individu yang dimaksudkan dalam perkongsian berkenaan.

Rata-rata netizen mendakwa perkongsian tersebut mempunyai kaitan dengan kemelut bersama ibu tirinya, Nourish yang sebelum ini hangat menjadi sorotan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN