KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan pemilik Tahfiz Darul Ittifaqiyah dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membayar pampasan RM1.43 juta kepada 31 waris dan mangsa kebakaran. Pampasan itu merangkumi ganti rugi nominal sebanyak RM30,000 bagi setiap plaintif serta ganti rugi teladan dan teruk berjumlah RM500,000 (secara global). Selain pampasan tersebut, pemilik tahfiz, isterinya dan MAIWP yang dinamakan defendan pertama hingga ketiga diperintahkan membayar kos RM20,000…










