Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah tidak berfungsi sebagai badan pemantau

Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah tidak berfungsi sebagai badan pemantau

NURUL IZZAH ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bidang kuasa Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah disifatkan terbatas dan bukan bertindak sebagai badan pemantau.

Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, jawatankuasa berkenaan tidak membentangkan laporan di Parlimen, tiada perbahasan terbuka  dan tidak mempunyai kuasa untuk memanggil saksi atau membuat pendedahan.

“Malah, ia hanya berfungsi di belakang tabir dengan kuasa yang terhad dan tidak melalui mekanisme semak imbang Parlimen yang telus dan terbuka kepada rakyat,” katanya.

Menurut Nurul Izzah, tugas jawatankuasa ini adalah memberi nasihat kepada Perdana Menteri mengenai isu rasuah di Malaysia serta meneliti laporan tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Selain itu katanya,  jawatankuasa turut menyeak  ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah terhadap perjalanan SPRM dan meminta penjelasan mengenai laporan dan ulasan tersebut,” katanya.

Sebagai rekod, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah  ialah badan penasihat yang ditubuhkan di bawah Seksyen 14 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) bagi menasihati Perdana Menteri mengenai isu rasuah, meneliti laporan tahunan SPRM dan menyemak ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah.

Dalam pada itu Nurul Izzah berkata, pengawasan yang berkesan  perlu dilaksanakan secara terbuka supaya kuasa boleh dipersoalkan, keputusan boleh diteliti, dan institusi yang terlibat dipertanggungjawabkan kepada rakyat.- UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN