Pemecatan Hamzah tidak jejaskan parti -Bersatu Kelantan - Utusan Malaysia

Pemecatan Hamzah tidak jejaskan parti -Bersatu Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memecat Timbalan Presidennya, Hamzah Zainudin, tidak menggugat kekuatan serta kestabilan parti itu.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Kamarudin Mohd. Nor, berkata pihaknya akur dan menghormati keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin parti selepas melalui proses penilaian sewajarnya.

Katanya, walaupun pemecatan itu menyaksikan jumlah Ahli Parlimen Bersatu berkurangan, realitinya ia tidak mengubah kedudukan semasa parti di peringkat Persekutuan.

“Kurang atau lebih, kita masih belum boleh membentuk kerajaan. Jadi, ia tidak memberi kesan besar terhadap kedudukan parti secara keseluruhan.

“Keputusan tersebut perlu dihormati kerana Lembaga Disiplin ialah badan yang diwujudkan oleh parti. Jadi, ahli harus memberi kepercayaan penuh kepada Lembaga Disiplin,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa hari ini.

Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Mohd. Radzi Manan, berkata keputusan itu diambil selepas mendapati Hamzah melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN