Pembedahan bukan pilihan saya pulihkan slip disc - Nabila Huda

Pembedahan bukan pilihan saya pulihkan slip disc – Nabila Huda

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nabila Huda, 41, menegaskan tidak akan melakukan pembedahan untuk mengatasi masalah slip disc yang dialaminya sejak 10 tahun lalu.

Kata pelakon yang mesra disapa sebagai Abil itu, prosedur berkenaan bukan antara pilihan sebaliknya lebih cenderung menghilangkan kesakitan dengan kaedah fisioterapi.

“Saya tidak akan buat pembedahan kerana ramai yang menyarankan saya tidak melakukan prosedur itu.

“Doktor memaklumkan keadaan saya ini berpotensi untuk pulih cuma saya perlu kerap melakukan fisioterapi,” katanya.

Nabila dalam masa yang sama memaklumkan sekarang ini dia lebih berhati-hati dan berjaga-jaga ketika melakukan aktiviti harian untuk memastikan masalah slip disc yang dialaminya tidak bertukar teruk.

“Kalau penat saya akan berehat, sama ada saya akan duduk atau baring. Dan sekarang saya akan elak angkat barang yang berat kerana ia akan meburukkan lagi masalah slip disc.

“Pergerakan saya juga sekarang ini lebih terjaga kerana saya enggan masalah ini mejadi bertambah teruk,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, Nabila juga tidak menolak kemalangan yang dialaminya 10 tahun lepas menjadi punca kepada masalah slip disc tersebut.

“Selepas kemalangan saya ada membuat pemeriksaan dan mendapati berlaku kecederaan kecil pada tulang belakang saya.

“Tapi waktu itu saya muda, jadi saya tidak mengambil serius mengenainya.

“Cuma baru-baru ini saya merasa teramat sakit di bahagian pinggang, memutuskan untuk membuat pemeriksaan di hospital dan mendapati saya mengalami slip disc di bahagian l5 tulang belakang saya.

“Jadi saya memutuskan untuk melakukan rawatan fisioterapi dan baru berkesempatan membuat temu janji untuk sesi yang dijadualkan pada Jumaat ini,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN