PARLIMEN: Kementerian Kerja Raya peruntuk RM700 juta perkasa kontraktor kecil tempatan

PARLIMEN: Kementerian Kerja Raya peruntuk RM700 juta perkasa kontraktor kecil tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya memperuntukkan sebanyak RM700 juta bagi memperkasa kontraktor kecil tempatan menerusi program penyelenggaraan Jalan Persekutuan di seluruh negara tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, program berkenaan dijalankan melalui Majlis Tawaran Cabutan Kerja Undi yang membolehkan kontraktor kecil menyertai kerja-kerja penyelenggaraan jalan persekutuan secara adil dan telus.

“KKR telah memperuntukkan RM200 juta di bawah Program Memperkasa Kontraktor Bumiputera G1 – G4 melalui kerja-kerja Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Negeri Sarawak melibatkan 141 kerja iaitu 95 kerja Berkala Pavemen dan 46 kerja Berkala Bukan Pavemen.

“Jumlah ini meningkat tiga kali ganda berbanding RM50 juta pada 2025.

“Inisiatif ini sekali gus meningkatkan peluang penglibatan kerja kepada kontraktor Bumiputera terutamanya kelas G1 dan G2 dalam pembangunan infrastruktur negara,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KKR di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Alexander, Sabah turut menerima peruntukan berjumlah RM200 juta melibatkan 178 kerja, meningkat berbanding 50 kerja pada tahun lalu dengan peruntukan RM50 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN