SEREMBAN: Kerajaan masih belum membuat keputusan untuk mewajibkan pemasangan kamera papan kemuka (dashcam) di semua kenderaan ketika ini. Sebaliknya pendekatan advokasi masih dilakukan bagi menggalakkan pengguna kenderaan memasangnya secara sukarela. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mewajibkan pemasangannya pada masa hadapan. Namun katanya, keputusan itu tidak boleh dibuat secara terburu-buru tanpa mempertimbangkan pelbagai aspek termasuk menerusi penilaian menyeluruh berkaitan keberkesanan dan implikasi kos kepada…










