Pemandu maut, lori simen terbalik di kawasan tapak pembinaan

Pemandu maut, lori simen terbalik di kawasan tapak pembinaan

BEBERAPA anggota bomba (kiri) melihat keadaan sebuah lori simen yang terbalik sehingga meragut nyawa pemandunya dalam satu kejadian di sebuah kawasan tapak pembinaan berhampiran Hospital Pulau Pinang (HPP), hari ini.-IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seorang pemandu lori simen maut selepas kenderaan yang dipandunya itu terbalik dalam satu kejadian di kawasan tapak pembinaan berhampiran Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, John Sagun Francis berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11.29 pagi apabila lori simen tersebut dipercayai hilang keseimbangan secara tiba-tiba sebelum terbalik.

Beliau berkata, akibatnya, mangsa iaitu seorang lelaki warga Indonesia yang sedang memandu lori tersebut tersepit di bahagian tempat duduk pemandu selepas kenderaan berkenaan terbalik.

“Kerja-kerja menyelamat kemudian dijalankan dengan bantuan sebuah kren dan mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 12.55 tengah hari tadi. Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi,” katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau, ketika ini, identiti mangsa masih belum diperolehi sepenuhnya dan kes tersebut telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN