PETALING JAYA: Polis merakam keterangan seorang pelakon lelaki didakwa menjadi mangsa perbuatan luar tabii yang dipercayai berlaku ketika mangsa masih kanak-kanak sehingga tular di media sosial. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihak polis telah merakam keterangan pengadu berusia 35 tahun itu semalam. “Kejadian ini berlaku pada tahun 2005. Setakat ini belum ada tangkapan dibuat. “Siasatan dijalankan di bawah Sek 377C Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.…










