PETALING JAYA: Semua parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) perlu menyatukan kekuatan untuk menghadapi pilihan raya umum datang dan mengelakkan perbalahan sesama sendiri. Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, sekarang bukanlah masa terbaik untuk bertelagah tetapi sekarang adalah masanya untuk memperkukuhkan jentera sebagai persiapan menggantikan kerajaan yang ada. “Ini bukan masanya untuk pertikaian dalaman. Sebaliknya PN perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha menyatukan…










