KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan kurikulum mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah dan menengah kekal relevan, seimbang serta bebas daripada sebarang pengaruh politik kepartian. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pihak kementerian komited memastikan semua kandungan sejarah disampaikan secara objektif kepada murid bagi membina pemahaman menyeluruh mengenai perjalanan negara tanpa sebarang kepentingan politik. “Ini adalah pendirian KPM. Kurikulum Sejarah harus kekal objektif dan seimbang supaya murid dapat memahami…










