KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti aspek teknikal susulan keputusan mewajibkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah mengikut Kurikulum Kebangsaan bagi semua aliran pendidikan di negara ini. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, penelitian itu memberi tumpuan kepada aspek penilaian pembelajaran, peperiksaan dan pemantauan kualiti melibatkan sekolah antarabangsa, sekolah agama rakyat, maahad tahfiz dan sekolah persendirian Cina. Katanya, beberapa siri…










