SETIAP hari Yang Berhormat Zuraidin Abdullah memperuntukkan masa selama tiga jam menjelajah ke seluruh ceruk kampung untuk bertemu dan menyantuni rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok, Rantau Panjang, Kelantan.

Zuraidin yang sudah dua penggal menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyifatkan rutin tersebut sudah sebati dengan hidupanya malah tidak pernah terbeban dengan tugas itu.
Katanya, tradisi itu bermula sebaik sahaja dilantik sebagai ADUN Chetok selepas menang kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
“Setiap hari saya akan masuk pejabat bermula pukul 1.30 petang untuk menyelesaikan urusan-urusan rasmi.
“Sekitar 3 petang, saya akan mulakan rutin turun padang bertemu rakyat melalui program ziarah,” katanya kepada Mingguan Malaysia.
ENAM RUMAH SEHARI
Zuraidin memberitahu, dalam sehari, beliau akan berkunjung antara lima hingga enam buah rumah di dalam kawasan DUN Chetok.
Katanya, dalam kunjungan itu beliau mengambil masa antara 15 hingga 20 minit menyantuni dan bertanya khabar sambil mendapatkan input jika mempunyai masalah yang perlu diselesaikan.
“Saya juga akan masuk ke kedai-kedai kopi dan solat berjemaah di surau atau masjid dalam menghubungkan lagi hubungan penduduk setempat.

Zuraidin Abdullah
Pendidikan: Universiti Teknologi Mara(UiTM).
Jawatan Politik: Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Rantau Panjang.
Kerjaya Sebelum Jadi ADUN: Guru Maahad Muhammadi Lelaki,Kota Bharu.
SETIAP hari Yang Berhormat Zuraidin Abdullah memperuntukkan masa selama tiga jam menjelajah ke seluruh ceruk kampung untuk bertemu dan menyantuni rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok, Rantau Panjang, Kelantan.
Zuraidin yang sudah dua penggal menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyifatkan rutin tersebut sudah sebati dengan hidupanya malah tidak pernah terbeban dengan tugas itu.
Katanya, tradisi itu bermula sebaik sahaja dilantik sebagai ADUN Chetok selepas menang kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
“Setiap hari saya akan masuk pejabat bermula pukul 1.30 petang untuk menyelesaikan urusan-urusan rasmi.
“Sekitar (pukul) 3 petang, saya akan mulakan rutin turun padang bertemu rakyat melalui program ziarah,” katanya kepada Mingguan Malaysia.
ENAM RUMAH SEHARI
Zuraidin memberitahu, dalam sehari, beliau akan berkunjung antara lima hingga enam buah rumah di dalam kawasan DUN Chetok.
Katanya, dalam kunjungan itu beliau mengambil masa antara 15 hingga 20 minit menyantuni dan bertanya khabar sambil mendapatkan input jika mempunyai masalah yang perlu diselesaikan.
“Saya juga akan masuk ke kedai-kedai kopi dan solat berjemaah di surau atau masjid dalam menghubungkan lagi hubungan penduduk setempat.
“Seboleh-bolehnya, saya mahu tiada jurang antara rakyat dengan pemimpin. Rakyat dan pemimpin ibarat aur dengan tebing,” katanya.
ELAK RAKYAT KE PEJABAT
Zuraidin memberitahu, beliau seboleh-bolehnya mahu mengelakkan penduduk datang ke pusat khidmat kecuali bagi urusan rasmi seperti pengesahan dokumen atau permohonan bantuan.
Katanya, langkah itu penting bagi mengurangkan beban rakyat terutama golongan kurang berkemampuan yang mungkin menghadapi kesukaran untuk hadir ke pejabat.
“Saya lebih selesa bertandang ke rumah mereka. Bila turun ke lapangan saya boleh lihat sendiri apa masalah yang dihadapi oleh rakyat seterusnya mencari jalan terbaik untuk berusaha selesaikannya.
“Hasil pemerhatian, saya dapat rakyat begitu teruja bila pemimpin turun bertemu dengan mereka. Sekurang-kurang dapat minum secawan air bersama pemimpin sudah membuatkan mereka gembira,” katanya.
BUDAYA ILMU
Zuraidin berkata, budaya ilmu menjadi antara perkara penting yang diberikan perhatian oleh beliau dalam mengubah landskap warga Cehtok supaya mampu bersaing pada masa hadapan.
“Apabila ada ilmu, insya-Allah seseorang itu mampu mengubah masa depan mereka kearah yang lebih baik.
“Cabang ilmu ini banyak, ada agama, kemahiran, perniagaan dan sebagainya. Besar harapan saya untuk membudaya ilmu dalam kalangan penduduk Chetok supaya dapat mengubah kawasan ini ke arah lebih baik,” ujarnya.

“Seboleh-bolehnya, saya mahu tiada jurang antara rakyat dengan pemimpin. Rakyat dan pemimpin ibarat aur dengan tebing,” katanya.
ELAK RAKYAT KE PEJABAT
Zuraidin memberitahu, beliau seboleh-bolehnya mahu mengelakkan penduduk datang ke pusat khidmat kecuali bagi urusan rasmi seperti pengesahan dokumen atau permohonan bantuan.
Katanya, langkah itu penting bagi mengurangkan beban rakyat terutama golongan kurang berkemampuan yang mungkin menghadapi kesukaran untuk hadir ke pejabat.
“Saya lebih selesa bertandang ke rumah mereka. Bila turun ke lapangan saya boleh lihat sendiri apa masalah yang dihadapi oleh rakyat seterusnya mencari jalan terbaik untuk berusaha selesaikannya.
“Hasil pemerhatian, saya dapat rakyat begitu teruja bila pemimpin turun bertemu dengan mereka. Sekurang-kurang dapat minum secawan air bersama pemimpin sudah membuatkan mereka gembira,” katanya.
BUDAYA ILMU
Zuraidin berkata, budaya ilmu menjadi antara perkara penting yang diberikan perhatian oleh beliau dalam mengubah landskap warga Cehtok supaya mampu bersaing pada masa hadapan.
“Apabila ada ilmu, insya-Allah seseorang itu mampu mengubah masa depan mereka kearah yang lebih baik.
“Cabang ilmu ini banyak, ada agama, kemahiran, perniagaan dan sebagainya. Besar harapan saya untuk membudaya ilmu dalam kalangan penduduk Chetok supaya dapat mengubah kawasan ini ke arah lebih baik,” ujarnya.-UTUSAN










