KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan telah meluluskan pemberian elaun pertukaran dan perpindahan kepada pegawai lantikan kontrak termasuk pegawai perubatan yang menerima tawaran lantikan tetap bagi 2025. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pemberian elaun itu diharap dapat membantu pegawai perubatan berpindah serta menyesuaikan diri di tempat baharu. Beliau turut mengulas berhubung isu sumber manusia khususnya kekurangan petugas kesihatan di Sabah dan Sarawak. Katanya, sehingga 31 Disember 2025, Kementerian Kesihatan…










