Pampasan rumah ibadat haram perlu dihentikan

Pampasan rumah ibadat haram perlu dihentikan

HANIFF Khatri (tiga, kanan) sewaktu berucap dalam majlis Amanat GARAH dan cadangan penyelesaian kemelut rumah anutan haram di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemberian pampasan atau tanah gantian perlu dihentikan segera agar isu rumah ibadat haram ini menemui titik noktah.

Ketua penyelaras sementara Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH),Haniff Khatri berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan pintu belakang melemahkan pelaksanaan peraturan sedia ada.

Menurutnya, kerajaan wajib menghentikan percubaan pemberian pampasan dan tanah gantian sebagai satu cara memberhentikan pelaksanaan undang-undang

“Perkata itu salah kerana undang-undang wajib dilaksanakan dan isu sensitiviti tidak boleh dijadikan alasan untuk gagal melaksanakan undang-undang.

“Penghentian perundingan pampasan sebelum proses undang-undang diselesaikan hanya akan menimbulkan persepsi buruk serta menggugat keyakinan masyarakat terhadap institusi undang-undang negara,” katanya pada akhbar dalam majlis Amanat GARAH dan cadangan penyelesaian kemelut rumah anutan haram di sini hari ini.

Tambah Haniff, GARAH mengemukakan sembilan tuntutan tambahan yang perlu dilaksanakan kerajaan dalam tempoh sebulan.

Katanya, GARAH akan terus memantau setiap perkembangan dan tidak akan berehat sehingga semua keputusan dilaksanakan sepenuhnya demi kepentingan rakyat.

“Kami mengakui kerajaan telah memberi reaksi awal sebelum ini, namun gerakan mahu jaminan bertulis supaya perubahan dasar berkekalan dapat dibuat dan dihormati semua masyarakat.

“Selain itu kami menuntut, penguatkuasaan tanpa pilih kasih dan pendakwaan segera terhadap penceroboh yang dikenal pasti melalui siasatan lengkap.

“Kami turut menuntut pemberi maklumat tidak diugut atau disiasat sebaliknya dilindungi oleh pihak berkuasa demi kepentingan awam bersama seluruh.

Pada masa sama GARAH menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu undang-undang dilaksanakan tegas tanpa kompromi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN