KOTA BHARU: Penantian hampir tiga dekad untuk melihat khazanah sejarah Kelantan diterbitkan dalam Siri Karya Agung bakal menjadi kenyataan apabila Naskhah Sejarah Kelantan dijangka siap sepenuhnya dan dikeluarkan pada April ini. Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Karyawan, Datuk A. Aziz Deraman berkata, proses penyediaan naskhah edisi mewah keluaran Yayasan Karyawan bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) itu telah mencapai kira-kira 50 peratus dan kerja-kerja akhir sedang giat…










