MyNuCLEaR transformasi ekosistem perubatan nuklear Malaysia

MyNuCLEaR transformasi ekosistem perubatan nuklear Malaysia

MAHAYUDDIN Abdul Manap berkongsi mengenai MyNuCLEaR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia terus mengorak langkah dalam bidang perubatan nuklear dengan pelancaran laman web MyNuCLEaR.

MyNuCLEaR berfungsi sebagai pusat sumber sehenti bagi pesakit dan pakar kesihatan untuk memahami perubatan nuklear dan terapi inovatif seperti teranostik.

Perubatan nuklear adalah bidang khusus yang menggunakan bahan radioaktif dalam dos kecil dan terkawal untuk membantu mengesan atau merawat penyakit tertentu termasuk kanser prostat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden Persatuan Perubatan Nuklear dan Pengimejan Molekul Malaysia, Dr. Mahayuddin Abdul Manap berkata, MyNuCLEaR merupakan platform sumber perubatan nuklear bersepadu sepenuhnya yang pertama di Malaysia.

“Platform ini menghubungkan pesakit, pakar, penyedia perkhidmatan kesihatan dan penyelidik di seluruh negara.

“Dibangunkan melalui usahasama pelbagai agensi merentas disiplin serta sokongan industri daripada Novartis Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr. Mahayuddin berkata, MyNuCLEaR akan memudahkan akses yang teratur kepada perkhidmatan perubatan nuklear, di samping menyokong penjagaan pesakit yang tepat pada masanya, berinformasi dan terselaras di seluruh negara.

Katanya, MyNuCLEaR menyediakan direktori menyeluruh bagi membantu pesakit mencari pusat perkhidmatan perubatan nuklear yang bertauliah di seluruh negara.

“(Ia juga) Mengukuhkan sistem rujukan nasional, sekali gus memperkemas aliran pesakit untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat pada masanya.

“Membekalkan maklumat yang sentiasa dikemas kini berkaitan amalan perubatan nuklear, daripada penggunaan radiofarmaseutikal hinggalah kepada inovasi diagnostik dan terapeutik baharu seperti teranostik,” katanya.

Sementara itu, Pakar Perubatan Nuklear, Profesor Madya Dr. Tan Teik Hin berkata, teknologi hari ini membolehkan pengesanan yang lebih awal serta rawatan yang lebih tepat terhadap pesakit nuklear.

Menurutnya, kes kanser prostat yang semakin meningkat namun sering dikesan pada peringkat lewat, kini mempunyai harapan baharu.

“Kemajuan teranostik membolehkan doktor mengesan tumor walaupun berukuran sangat kecil serta mengetahui lokasi penyebaran kanser menggunakan pengimejan Prostate-Specific Membrane Antigen (PSMA).

“Proses ini disusuli dengan Radioligand Therapy (RLT) yang menyalurkan rawatan secara terus kepada tumor dan lesi metastatik, sambil meminimumkan kesan impak terhadap sel-sel yang sihat,” katanya.

Dengan pelancaran platform inovatif ini, rakyat Malaysia kini boleh mengharapkan pengalaman rawatan perubatan nuklear yang lebih mudah difahami, berkesan, dan teratur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini