JOHOR BAHRU: Dakwaan bahawa Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ‘diperkudakan’ individu tertentu untuk memburu Timbalan Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainudin merupakan tuduhan tidak berasas. Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, pelantikan Pengerusi Lembaga Disiplin memerlukan kelulusan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT). Katanya, sebarang keputusan dibuat berhubung kedudukan Hamzah pastinya mengambil kira kedudukan dan kepentingan masa depan parti. “Perkara ini saya serahkan kepada…










