Status terkini kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Status terkini kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Status terkini kluster tuberkulosis (tibi) mengikut negeri serta hasil perdagangan serantau susulan lawatan Perdana Menteri India ke Malaysia serta antara perkara dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini.

Lim Guan Eng (PH-Bagan) meminta Menteri Luar menyatakan hasil perdagangan dan keselamatan serantau susulan lawatan Perdana Menteri India ke Malaysia pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Beliau juga ingin mengetahui sejauh mana langkah bersama yang boleh diambil oleh Malaysia dan India terhadap pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) serta usaha memulihkan demokrasi dan keamanan di Myanmar.

Pada sesi sama, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) meminta Menteri Kesihatan menyatakan status terkini kluster tibi mengikut negeri, jumlah kes aktif masih dipantau serta langkah saringan dan kawalan khusus yang dilaksanakan di institusi berisiko tinggi seperti sekolah berasrama, penjara dan asrama pekerja bagi mengekang penularan penyakit itu.

Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) pula meminta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menjelaskan faktor pengharaman pengimportan sisa elektronik yang berkuat kuasa serta-merta mulai 4 Februari 2026 serta tindakan kementerian melupuskan bekalan e-waste yang dibawa masuk secara haram sebelum ini.

Bagi sesi soal jawab lisan, Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) meminta Menteri Pengangkutan menyatakan status penjualan serta jumlah tiket tambahan perkhidmatan ETS dan Ekspres Timuran yang dilaksanakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sempena perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) pula meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada kementerian bercadang menghapuskan rekod bekas banduan bagi memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan.

Mesyuarat diteruskan dengan sesi penggulungan perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja oleh kementerian-kementerian berkaitan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN