KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) susulan pelantikan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN yang baharu.
Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, jawatan timbalan-timbalan lain dalam gabungan itu kekal sebagaimana sebelum ini.
Selain itu katanya, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak berhasrat untuk berada dalam Majlis Tertinggi PN.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Jawatan timbalan-timbalan yang lain itu kekal, kecuali Presiden Pas tidak berhasrat untuk berada di dalam Majlis Tertinggi PN.
“Beliau hanya akan berada dalam Majlis Presiden,” katanya pada sidang akhbar hari ini.-UTUSAN











