Mia Sara tidak pertimbang tindakan undang-undang terhadap Puteri Balqis - Utusan Malaysia

Mia Sara tidak pertimbang tindakan undang-undang terhadap Puteri Balqis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Mia Sara, 30, menafikan dakwaan yang kononnya dia sebelum ini pernah membuli Puteri Balqis dan menghina ibu pelakon tersebut.

Menurut pemilik nama penuh Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan itu, tuduhan tersebut amat berat justeru dia mengambil pendekatan untuk memberi penjelasan bagi membersihkan namanya.

“Saya sama sekali tidak pernah membuli pihak Puteri Balqis atau menghina ibunya. Saya tidak kenal ibunya atau keluarga ibunya.

“Tuduhan ini sangat berat dikenakan terhadap saya, seperti yang dikatakan dalam Instastory Puteri Balqis, saya kononnya punca ibunya dibuang keluarga,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Terdahulu Puteri Balqis bertindak memetik nama Mia Sara sebagai antara individu yang mengakibatkan ibunya dibuang keluarga.

Dalam masa yang sama, Mia Sara juga menegaskan dia tidak pernah menghubungi Puteri Balqis seperti didakwa.

“Saya hanya pernah berjumpa Puteri Balqis sekali sahaja, seumur hidup saya. Kami sama sekali tidak pernah berhubung, sejak saya berusia 7 tahun sehingga 21 tahun,” kongsinya.

Dalam perkongsian yang sama, Mia Sara turut mendakwa pemilik akaun Instagram mamipopbelon telah memfitnah dia dan pelakon, Raykarl Iskandar menerusi kenyataan yang dikongsi individu berkenaan dalam Instagram sebelum ini.

“Kepada mamipopbelon, awak sudah mengeruhkan keadaan tentang informasi yang sama sekali tidak sahih.

“Saya tidak pernah sama sekali berlakon iklan bersama Puteri Balqis dan Raykarl. Kami hanya berjumpa sekali sahaja di set penggambaran.

“Saya tidak pasti kenapa Puteri Balqis memuat naik semula hantaran mamipopbelon sedangkan dia tahu apa yang diperkatakan itu tidak benar,” kongsinya lagi.

Dalam masa yang sama, Mia Sara memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Puteri Balqis dan ibunya serta pihak-pihak yang menggunakan isu berkenaan untuk kepentingan masing-masing.

“Teruk saya diaibkan di mata media, difitnah dan dituduh. Bukan main netizen dan TikToker menggunakan isu ini untuk menaikkan nama sendiri.

“Saya tak akan sorok mana-mana pihak. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang Puteri Balqis dan keluarga, TikTok terbabit dan mamipobelon.

“Ada banyak komen yang tak boleh saya sebutkan satu persatu, tapi ketahuilah saya sudah lakukan tangkap layar, sama ada yang sudah atau belum dipadam, saya akan ambil Tindakan undang-undang, tunggu masa sahaja,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN