KUALA TERENGGANU: Penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) warga Myanmar yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Batu Buruk, di sini Isnin lalu ditemukan di pesisir pantai itu pada pukul 2.30 pagi ini, iaitu kira-kira 350 meter dari lokasi kejadian. Mayat mangsa ditemukan pasukan penyelamat yang melakukan rondaan menggunakan kenderaan semua bentuk muka bumi (ATV). Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Thoyyibah Taib berkata, operasi berkenaan…










