PETALING JAYA: Tahap keselamatan pelancongan maritim negara dijamin berada dalam keadaan terkawal dan berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi bagi menyokong penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026). Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, Maritim Malaysia memainkan peranan penting dalam membina keyakinan pelancong tempatan dan antarabangsa yang menjalankan aktiviti di perairan negara. Katanya, lebih lagi Maritim Malaysia sebagai agensi utama penguatkuasaan undang-undang maritim serta…










