PETALING JAYA: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sebagai organisasi yang mengurus dana awam dan sumbangan berterusan perlu memastikan sistem tadbir urus dalaman diperkasa bagi mengelakkan risiko penyalahgunaan kuasa serta konflik kepentingan. Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur, Mohamad Zakkuan Talib berkata, SPRM bukan sekadar badan penyiasatan, sebaliknya turut berperanan sebagai penggerak pendidikan dan pencegahan antirasuah yang komprehensif. “Kelemahan sistem kawalan dalaman boleh membuka ruang kepada penyalahgunaan sumber…









