LRT laluan Kelana Jaya tergendala lagi

LRT laluan Kelana Jaya tergendala lagi

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya sekali lagi mengalami gangguan hari ini susulan isu teknikal.

Rapid KL berkata, berikutan kerosakan itu, tren terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai, Gombak dan Kelana Jaya.

“Keadaan ini akan menyebabkan perubahan sementara pada kekerapan tren dan penjadualan akan dilaraskan secara automatik.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selasa lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menyiasat insiden gangguan berulang yang dialami perkhidmatan LRT di laluan Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

Beliau turut mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memberi penjelasan berhubung perkara itu dalam mesyuarat pasca-Kabinet bersama pelan tindakan pemulihan segera.

Semalam, pengguna LRT turut berdepan gangguan sama selepas tren di laluan berkenaan mengalami masalah teknikal di beberapa stesen termasuk KL Sentral, Wangsa Maju, Ara Damansara, Bangsar, Kelana Jaya, Universiti dan Pasar Seni. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN