Lima sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran di Kampung Pamah Kulat - Utusan Malaysia

Lima sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran di Kampung Pamah Kulat

LIMA sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Jalan Ulu Dong di Raub, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Lima sekeluarga ditemukan rentung selepas kediaman separuh kekal mereka di Kampung Pamah Kulat, Jalan Ulu Dong di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd. Razam Taja Rahim berkata, lima mangsa membabitkan sepasang suami isteri dan tiga anak perempuan.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.44 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub tiba di lokasi pada pukul 4.15 pagi.

“Setibanya di lokasi, komander operasi PBK II Saiful Bahari Abd. Rahman mengesahkan kebakaran melibatkan rumah berkeluasan 40×30 kaki persegi dengan kemusnahan struktur 100 peratus. Turut musnah dalam kebakaran itu ialah tiga kereta dan tiga motosikal.

“Pasukan bomba menggunakan satu aliran hos sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan sumber air tangki pam jentera untuk memadamkan api. Operasi terkawal pada jam 4.48 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN