KUALA LUMPUR: Lelaki warga asing dipercayai cuba menyogok pegawai polis akibat tidak memiliki lesen memandu serta dokumen pengenalan diri ketika pemeriksaan di Jalan Suasa 6, Sungai Besi, Cheras di sini ditahan hari ini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pada 4.07 pagi. Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira pada 3 pagi ketika seorang pegawai polis berusia 47 tahun sedang menjalankan tugas pemeriksaan…










