Lelaki pakai kostum duyung ditahan, terima upah RM200

Lelaki pakai kostum duyung ditahan, terima upah RM200

TANGKAP layar seorang lelaki yang memakai kostum duyung semasa mempromosikan air balang di sebuah gerai di hadapan Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) sudah mengambil keterangan seorang lelaki yang memakai kostum ikan semasa mempromosikan air balang di sebuah gerai di hadapan Penjara Pengkalan Chepa di sini, selepas menahan individu berkenaan kelmarin.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, lelaki berusia 24 tahun itu di kawasan rumahnya di Kampung Chetok, Pasir Mas sebelum dibebaskan dengan bon jaminan selepas selesai keterangan diambil.

Katanya, individu itu disiasat mengikut Seksyen 19 dan 20 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (1) 2019 kerana berpakaian seperti wanita dan perbuatan tidak sopan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil keterangan, lelaki terbabit dipercayai menerima upah daripada pemilik gerai air balang berkenaan sebanyak RM200 bagi membuat kandungan video bertujuan mempromosikan perniagaan tersebut.

“Bagaimanapun, suspek perlu hadir semula pada 8 Jun ini untuk tindakan selanjutnya,” katanya selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Mohamed Fadzli berkata, kandungan video itu dipercayai dirakamkan sehari sebelum Ramadan sebelum dimuat naik dalam laman sosial pada 1 Ramadan lalu.

Terdahulu, tular video berdurasi kurang daripada 30 saat itu tular dalam media sosial terutama Facebook menunjukkan lelaki tersebut berjoget-joget dengan memakai kostum ikan duyung berwarna pelangi.

Tindakan lelaki itu mendapat kecaman dan teguran orang kerana ia bertentangan dengan budaya masyarakat apabila memakai pakaian seperti wanita lebih-lebih pada bulan Ramadan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini