PUTRAJAYA: Seorang lelaki dewasa ditemukan lemas di tepi tasik berhampiran Istana Darul Ehsan, Presint 8, di sini hari ini. Jurucakap bomba ketika dihubungi berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) WP Putrajaya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 11.42 pagi memaklumkan terdapat mangsa lemas di lokasi berkenaan. Menurutnya, sejurus menerima panggilan, sebuah jentera bersama sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7…










