KANGAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berdepan perpecahan besar-besaran dan berkemungkinan lumpuh ekoran gelombang penolakan akar umbi terhadap Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan pemecatan Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada parti. Bekas Timbalan Pengerusi Tetap Bersatu, Datuk Hashim Suboh memberitahu, beliau menjangka lebih 100 bahagian di seluruh negara bakal dibubarkan sebagai tanda sokongan mereka terhadap Hamzah. Katanya, kebanyakan ahli Parlimen Bersatu pula akan terus menyatakan sokongan terbuka terhadap Hamzah seterusnya…










