MELAKA: Lapan penuntut kolej vokasional (KV) di negeri ini yang disyaki terlibat dalam kes membelasah rakan sekolej minggu lalu telah direman dan dikenakan tindakan penggantungan. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, semua tindakan disiplin dan siasatan kini berada di bawah Kementerian Pendidikan (KPM). “Benar ada berlaku kes berkenaan yang didakwa berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan mangsa. Semua tindakan ketika ini…










