GOPENG: Lambakan buah tembikai sepanjang Ramadan menyebabkan harganya jatuh sehingga RM2 sekilogram bagi gred A berbanding RM3 hingga RM4 sebelum ini. Seorang peniaga tembikai, Muhammad Danish Norazli, 22, berkata, situasi itu berlaku susulan peningkatan mendadak bekalan di pasaran walaupun permintaan tinggi dalam kalangan pengguna. Menurutnya, tembikai sememangnya mendapat sambutan setiap kali Ramadan, terutama ketika cuaca panas kerana menjadi pilihan utama untuk berbuka puasa. “Permintaan memang tinggi semasa Ramadan, apatah lagi…










