Ladang Bunga Matahari jadi tumpuan di Bagan Datuk - Utusan Malaysia

Ladang Bunga Matahari jadi tumpuan di Bagan Datuk

PELANCONG berkunjung ke Ladang Bunga Matahari Bagan Sungai Burung di Bagan Datuk, Perak. – MINGGUAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Ladang Bunga Matahari Bagan Sungai Burung di sini, menjadi tumpuan pelancong sempena cuti sekolah dan sambutan Tahun Baharu Cina.

Hamparan ribuan bunga matahari yang mekar dengan warna kuning keemasan, berlatar­belakang panorama kampung dan sawah, mencetuskan suasana memukau lantas menjadikan lokasi itu sebagai pilihan utama pencinta alam dan kaki fotografi.

Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati, suasana taman berkenaan meriah dengan pe­ngunjung yang tidak melepaskan peluang merakam kenangan bersama keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bagan Sungai Burung, Hasrul Fitry Anuar, 36, berkata, taman yang diusahakan pihak swasta itu semakin dikenali sejak dua tahun kebelakangan ini sehingga berjaya menarik kira-kira 300 pengunjung sehari.

Katanya, pelancong mengambil peluang cuti panjang untuk berkunjung ke daerah ini yang terkenal dengan keunikan produk pelancongan berasaskan komuniti.

“Daerah Bagan Datuk menawarkan pelbagai destinasi menarik. Salah satu lokasi yang semakin mendapat perhatian ialah Ladang Bunga Matahari Bagan Sungai Burung.

“Bukan sahaja dapat menikmati pemandangan indah bunga matahari yang ditanam secara berperingkat bagi memastikan ia sentiasa berbunga, malah boleh menyertai pelbagai aktiviti sampingan,” katanya .

Hasrul Fitry berkata, lokasi itu antara yang terawal memperkenalkan konsep pelanco­ngan berasaskan ladang di negara ini.

“Kami turut menerima lim­pahan ekonomi apabila keha­diran pelancong meningkatkan pendapatan peniaga kecil, pe­ngusaha inap desa dan gerai ma­kanan,” katanya.

Katanya, di bawah Program Sejahtera Komuniti Madani (Se­jati Madani), pihaknya turut memperkenalkan aktiviti berka­yak di sungai berhampiran bagi menambah tarikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN