SEREMBAN: Kuala Pilah antara lokasi dikenal pasti sebagai transit sementara pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melarikan diri setiap kali operasi penguatkuasaan dilaksanakan. Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, situasi tersebut dikesan hasil risikan pihaknya menerusi Ops Timo kira-kira dua tahun lepas. Menurutnya, faktor jarak yang dekat menjadi sebab utama Kuala Pilah dipilih melarikan diri kerana mereka tidak mahu berpindah jauh dari Seremban. “Apabila…










