Sekumpulan 21 warga Indonesia ditahan cuba menyusup masuk ke Sarawak melalui jalan tikus

Sekumpulan 21 warga Indonesia ditahan cuba menyusup masuk ke Sarawak melalui jalan tikus

SEKUMPULAN 21 orang PATI warganegara Indonesia diusir balik ke negara mereka selepas ditahan oleh pasukan TDM ketika cuba menyusup masuk ke Sarawak menggunakan jalan tikus di Lundu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUNDU: Pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan sekumpulan 21 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari Indonesia yang cuba menyusup masuk ke Sarawak dari arah Indonesia melalui jalan tikus di sini.

Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat menerusi satu kenyataan, berkata kesemua 17 orang lelaki termasuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun, serta empat wanita warganegara jiran itu ditahan kira-kira pukul 3.20 petang semalam.

“Pasukan operasi TDM yang sedang melaksanakan rondaan di sektor sempadan Lundu telah mengesan pergerakan mencurigakan kumpulan tersebut yang sedang bergerak dari arah sempadan Indonesia menuju masuk ke wilayah Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bertindak pantas, anggota bertugas telah melakukan serbuan taktikal kira-kira 800 meter dari garisan sempadan di sebelah Malaysia dan berjaya menahan kesemua 21 individu berusia dalam lingkungan empat hingga 48 tahun itu sebelum mereka sempat lolos ke kawasan pedalaman,” katanya.

Tambahnya, pemeriksaan terhadap kumpulan itu mendapati majoriti mereka tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan.

“Siasatan mendapati tujuan utama mereka memasuki Malaysia adalah untuk mencari pekerjaan dan membeli barang secara haram tanpa melalui pos imigresen yang sah,” katanya.

Selain itu, katanya walaupun mendakwa masuk untuk bekerja, kumpulan itu dikesan membawa masuk barangan bernilai tinggi, menimbulkan keraguan terhadap motif sebenar.

Katanya antara barangan yang dijumpai termasuk 19 telefon pintar termasuk jenama premium seperti iPhone 11 Pro, Xiaomi dan Vivo, yang dianggarkan bernilai RM10,637.

Justeru, Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat berkata kesemua PATI tersebut telah diusir serta-merta balik ke negara asal melalui sempadan terdekat pada hari yang sama.

Katanya laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu sebagai bukti pencerobohan yang telah digagalkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini