BERSEMANGAT, energetik dan penuh visi. Demikian gambaran yang boleh diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir, 40. Memenangi DUN itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah pada 2023, di sinilah Mohd. Ashraf yang lebih popular dengan panggilan Acap itu membina langkah politiknya dengan idealisme tersendiri lewat pengalaman serta motivasi diri sebagai anak muda. Barangkali ramai skeptikal pada awalnya dengan kemampuan beliau sebagai ahli…










