Abe Din pilih khidmat, bukan warna politik

Abe Din pilih khidmat, bukan warna politik

MASYARAKAT Orang Asli di pedalaman yang berada di dalam kawasan DUN Galas, Gua Musang, Kelantan turut dibela.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANDSKAP politik sering diwarnai perbezaan fahaman dan warna benderaparti yang menjadi ‘pemisah’ dalam penyaluran bantuan dengan meletakan kumpulan sealiran didahulukan.

Di saat garis politik semakin menebal, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Gua Musang, Kelantan Datuk Mohd. Syahbuddin Hashim atau popular dengan panggilan Abe Din memilih untuk merentasnya, bukan demi kepentingan peribadi atau parti, tetapi atas nama khidmat kepada rakyat.

Menurut Abe Din, mandat yang diberikan oleh rakyat Galas bukan lesen untuk berpolitik sepanjang masa, sebaliknya amanah untuk berkhidmat.

“Walaupun saya wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN), namun khidmat kepada semua, apa yang penting dia rakyat Galas.

 

 

“Jadi, saya dan pasukan akan bantu sebaik mungkin selari dengan tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Abe Din memberitahu, politik tidak seharusnya menjadi tembok yang memisahkan rakyat daripada bantuan dan perhatian yang sewajarnya.

“Saya mahu berkhidmat untuk semua dengan membutakan warna parti. Fokus saya adalah keperluan rakyat,” ujarnya.

BUKA PUSAT KHIDMAT 6 HARI SEMINGGU

Abe Din berkata, bagi memudahkan urusan rakyat untuk mendapatkan bantuan dan membuat sebarang aduan Pusat Khidmat DUN Galas beroperasi selama enam hari dalam seminggu.

Katanya, untuk melancarkan lagi perkhidmatan seramai tiga kakitangan ditempatkan di Pusat Khidmat DUN Galas bagi memastikan setiap aduan dan masalah rakyat dapat diselesaikan sebaik mungkin.

 

“Kita tutup pada umaat dan Khamis separuh hari sahaja. Setiap pemohon perlu membawa kad pengenalan bagi memudahkan kakitangan di pusat khidmat untuk membuat semakan sama ada penerima bantuan kerajaan, zakat dan sebagainya

“Jika ada sebarang masalah, boleh terus ke pusat khidmat untuk mendapatkan bantuan dan tidak perlu tunggu saya. Mana-mana masalah yang boleh diselesaikan secara terus seperti cop borang petugas di pusat khidmat,” ujarnya.

Abe Din berkata, bagi urusan perbelanjaan beliau akan membuat penelitian dan memanggil semula mereka yang terlibat.

Katanya, selain itu beliau juga akan turun bertemu dan menyantuni warga DUN Galas bagi merasai sendiri denyut nadi di kawasan berkenaan.

“Penduduk DUN Galas juga boleh mengemukakan permohonan untuk mendapatkan bantuan menerusi pemimpin tempatan sepertia

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), imam-imam masjid mukim serta pemimpin dari UMNO.

“Setiap masalah rakyat yang diadukan kepada pemimpin tempatan itu, mereka akan bawa kepada saya,” ujarnya.

300 BAKUL MAKANAN SEBULAN

Mengulas lanjut, Abe Din berkata, sebanyak 300 bakul makanan diperuntukkan setiap bulan bagi membantu rakyat yang memerlukan.

Katanya, selain itu Pusat Khidmat DUN Galas turut menyediakan lampin pakai buang dan susu untuk kemudahan golongan memerlukan secara percuma.

“Bantuan ini bertujuan menampung keperluan golongan yang memerlukan sekali gus meringankan beban mereka.

“Bantuan alatan sokongan seperti kerusi roda, katil, logistik untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan, cermin mata dan gigi palsu turut disediakan untuk golongan memerlukan,” katanya.

BELA ORANG ASLI

Abe Din berkata, masyarakat Orang Asli yang berada di kawasan pedalaman turut mendapat pembelaan sewajarnya.

Katanya, pelbagai bentuk bantuan termasuk makanan sebagai persiapan untuk menghadapi musim tengkujuh.

“Bagi mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat Orang Asli saya akan masuk dan bermalam di kawasan perkampungan mereka menerusi pelbagai aktiviti-aktiviti menarik,” ujarnya.

Abe Din berkata, beliau dan rombongan pernah terkandas di kawasan penempatan Orang Asli Pos Balar akibat hujan lebat.

Katanya, perkara tersebut sudah menjadi asam garam buat beliau sepanjang dua penggal menjadi ADUN Galas.

2 PAGI PANTAU KERJA TURAP JALAN

Abe Din berkata, tindakan beliau turun padang sehingga pukul 2 pagi di Jalan Gua Musang–Kuala Lipis di Kampung Lepan Jaya baru-baru ini bertujuan melihat sendiri kerja-kerja menurap laluan supaya ia disiapkan segera untuk kemudahan rakyat.

Katanya, laungan kecil yang berbunyi ‘Terima kasih YB, bekki jalan’ menjadikan beliau terus bersemangat untuk memantau kerja-kerja itu.

“Waktu orang lain lena, amanah masih berjalan,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×