KUALA LUMPUR: Hampir RM785 juta telah diluluskan untuk perolehan dan penggantian kenderaan polis di seluruh negara bagi tempoh 2021 hingga 2026. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya sentiasa mengutamakan keselamatan anggota polis untuk tugasan lapangan, termasuk operasi pencegahan jenayah, supaya tidak menjejaskan keberkesanan operasi. Katanya, kenderaan yang tidak lagi ekonomik untuk dibaiki atau berisiko dari aspek keselamatan akan dicadang untuk pelupusan dan diganti secara berperingkat, tertakluk…










