KUALA LUMPUR: Anggaran kos rawatan sepanjang hayat bagi setiap pesakit talasemia yang bergantung kepada transfusi bermula dari usia kanak-kanak sehingga 40 tahun adalah sebanyak AS$606,665.00 bersamaan hampir RM3 juta bagi setiap pesakit. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, berdasarkan kajian Economic Burden in the Management of Transfusion-Dependent Thalassaemia Patients in Malaysia from a Societal Perspective (2021), jumlah tersebut merangkumi kos penjagaan kesihatan sebanyak 92.5 peratus dan kos perbelanjaan…










