KUALA LUMPUR: Kes kluster baharu jangkitan tuberkulosis (tibi) di Kota Tinggi, Johor yang membabitkan 37 individu membuktikan bahawa penularan wabak itu boleh berlaku di mana-mana sahaja. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, jangkitan tibi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira lokasi termasuk di luar bandar sekiranya terdedah kepada bakteria Mycobacterium tuberculosis yang merebak melalui udara. “Ini satu kes yang menjadi ‘wake up call’ kepada kita semua. Ia…










