KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) meneliti pelaksanaan perjanjian dua hala dengan negara-negara destinasi utama petugas kesihatan Malaysia seperti Arab Saudi, Singapura dan Australia bagi mengawal selia penghijrahan petugas kesihatan dengan lebih berkesan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perjanjian tersebut dilaksanakan selaras dengan kod etika Pertubuhan Kesihatan Dunia, WHO Global Code of Practice on the International Recruitment of Health Personnel. “Kod etika berkenaan memberi panduan kepada negara-negara anggota…









