KEPALA BATAS : Pengoperasian kilang INV New Material Technology (M) Sdn. Bhd. (INV) di Taman Teknologi Pulau Pinang (PTP) di Bertam di sini sejak pertengahan tahun lepas berupaya mengukuhkan status Kepala Batas sebagai hab industri berteknologi tinggi di Pulau Pinang. Perkara tersebut diakui sendiri oleh Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selepas meluangkan masa meninjau operasi kilang tersebut, hari ini. Beliau berkata, kewujudan…










