Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah JAS bebas dengan jaminan

Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah JAS bebas dengan jaminan

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang direman berkaitan siasatan isu pengurusan sisa elektronik (e-waste) dibebaskan selepas tempoh reman selama tujuh hari tamat semalam.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, kedua-dua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan mereka dirakam dalam tempoh reman.

“Siasatan sedang dijalankan dan kertas siasatan dijangka disiapkan dalam tempoh dua minggu ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah JAS ditahan sekitar pukul 6.30 petang selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Siasatan SPRM kini menumpukan kepada dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan e-waste yang dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Susulan itu, pengimportan sisa elektronik (e-waste) diklasifikasikan mengikut kategori Larangan Mutlak mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023, berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan ini dicapai melalui Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Hala Tuju Pengurusan Penguatkuasaan Pengimportan Sisa Plastik dan E-Waste Dalam Negara Bil 2/2026, sebagai langkah memperketatkan kawalan kemasukan sisa berbahaya dan melindungi alam sekitar. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN