JOHOR BAHRU: Ketua Bersekutu Bersatu Johor, Datuk Tan Lek Khang mengumumkan meletak jawatan serta keluar daripada parti tersebut berkuat kuasa serta merta. Beliau berkata, peletakan jawatan dan keahlian itu dibuat susulan telah kehilangan kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Saya Tan Lek Khang dengan ini meletakkan jawatan sebagai Ketua Bersekutu Bersatu Negeri Johor, Ketua Bersekutu Bersatu Bahagian Labis dan melepaskan keahlian saya sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia…










