KUBANG PASU: Insiden tembakan ke arah Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam menjadi isyarat jelas bahawa aspek keselamatan pasukan itu tidak lagi boleh dipandang ringan. Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kehadiran agensi itu yang baru berusia 14 bulan nyata memberi impak terhadap aspek penguatkuasaan termasuk operasi bersepadu yang dijalankan AKPS Bukit Kayu Hitam pada 15 Januari hingga 15 Februari lalu.…










