GUA MUSANG: Kerja-kerja pembinaan cerun di Kilometer 45 Jalan Gua Musang-Lojing, di sini yang runtuh hujung tahun lalu dijangka bermula bulan depan. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementeriannya sudah memberi kelulusan kepada Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi melaksanakan segera kerja pembaikan lokasi runtuhan secara Arahan Kerja (AK) yang dilaksanakan kontraktor. Katanya, kerja-kerja awalan melibatkan penyiasatan tapak dan ukur tanah serta reka bentuk…










