Kelantan kaji semula arahan wajib cuti 1 Syawal

Kelantan kaji semula arahan wajib cuti 1 Syawal

HILMI ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan sedang mengkaji semula arahan mewajibkan penutupan empat jenis perniagaan pasar raya besar, pasar raya biasa, pasar raya hiper, dan perniagaan borong pada 1 Syawal, selepas arahan tersebut tidak dikuatkuasakan tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, ia dibuat selepas pihaknya menerima banyak rungutan daripada pekerja-pekerja pasar raya yang berharap arahan wajib cuti itu dikembalikan, bagi membolehkan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

“Bagaimanapun, kita juga perlu mengambil kira keperluan pihak pasar raya yang mempunyai perjanjian dengan vendor mengenai hari tertentu yang pasar raya perlu dibuka di seluruh negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu adalah ikatan antara vendor dan pasar raya besar. Namun, saya sudah mengarahkan Bahagian Kerajaan Tempatan untuk membuat kajian semula dan menilai implikasi sepenuhnya,” katanya di sini hari ini.

Hilmi berkata, hasil kajian semula dan pengesyoran daripada Bahagian Kerajaan Tempatan akan dibentangkan pada Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Kelantan yang akan datang sebelum sebarang pengisytiharan dibuat.

“Keputusan ini penting bagi memastikan kepentingan pekerja dan pihak perniagaan seimbang, serta tidak menjejaskan kelancaran operasi perniagaan,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini