PETALING JAYA: Lembaga Rayuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disaran mengekalkan keputusan pemecatan Datuk Wan Saiful Wan Jan, yang dipecat pada 14 Oktober tahun lalu demi mempertahankan maruah dan kelangsungan perjuangan parti. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) Bersatu, Datuk Dr. Ruhanie Ahmad berkata, Lembaga Rayuan Bersatu telah bersidang kelmarin bagi meneliti rayuan yang dikemukakan Wan Saiful berhubung pemecatan tersebut. “Saya amat bersyukur dan berbesar hati kerana Lembaga Rayuan telah bersidang…










