KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah Mat yang berdepan pertuduhan di mahkamah tidak diwajibkan meletak jawatan kerana kapasiti beliau sebagai Exco tidak menjejaskan proses pendakwaan dan perbicaraan. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau mengambil maklum isu seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang kini berada di peringkat pendakwaan dan perbicaraan. Beliau berkata, kerajaan negeri komited menjaga integriti dan menghormati…










