KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang melaksanakan kajian Analisis Faedah Kos (CBA) bagi menilai kesan pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) terhadap ekonomi negara sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perjanjian berkenaan masih belum berkuat kuasa kerana belum diratifikasi oleh kedua-dua pihak. “Kajian CBA itu dilaksanakan bagi menilai potensi kesan ART terhadap pertumbuhan ekonomi negara serta implikasinya…









